Jumaat, 29 Jun 2012

Seafood goreng panko & salad kentang


Hari ni nak bagi resepi yg takde sukatan.. macam mana ye, sebab masak ni semua main campak-campak je.   Ok first one, is seafood goreng ngan bread crumbs, kali ni guna Japanese bread crumbs atau Panko.  Dan utk seafood kak guna Oysters.  Di Jepun, oyster goreng panko ni di panggil Kaki Fry.

Ok bahan-bahannye :

Seafood, cuci dan lap kering
Tepung jagung
Telur
Bread crumbs (serbuk roti)
garam, oyster sauce, lada putih

Senang jer nak buatnye.  Seafood kita marinate dgn oyster sauce, dan lada putih.  Telur di pukul sikit dan campurkan garam secukup rasa.  Lepas tu siapkan station mcm gambar bawah ni.  Seafood di salut ngan tepung jagung.  Lepas tu celup dlm telur, dan selepas tu tekan2 dlm panko tu.  Kemudian, goreng sehingga garing.  Toskan minyak dan siap utk di hidang.


Utk salad kentang pulak, bahannye :

Kentang 2 biji, di potong dadu
Batang seleri 1, di cincang halus
Bawang merah, 2 biji, di cincang halus
Daun sup segenggam, cincang
Telur rebus 3 biji, di potong kecil
Mayonis 4 sudu, garam, gula, lada putih

Kentang di rebus sehingga lembut.  Angkat dan toskan air.  Campurkan semua bahan.  Adjust rasa utk garam, gula. lada putih.  Tambah lagi mayo kalau rasa tak cukup.  Siap ! 

Makan simple-simple je, janji homemade :)

Rabu, 27 Jun 2012

Pasta ricotta & bayam



Ayam bakar tu jangan tengok tau, tu resepi lain.  Kali ni kak nak bagi resepi utk buat pasta, kat sebelah ayam tu.  Dah lama dah nak try buat resepi ni, resepi asalnye dari website Jamie Oliver,  bernama "Spinach and ricotta cannelloni".  Tapi masalah utamanye tak ada Ricotta cheese and pasta yang sesuai.  Kebetulan hari tu terjumpa Ricotta cheese, grab la satu tub kecik. 

 



Bahan utamanye : bayam hijau. 

Pasta asal utk resepi ni jenis Cannelloni.


tapi yg akak jumpa kat Cold Storage cuma yg ni, jenis Pennoni Lisci  (belasah je lar... mana pulak nak cari pasta pjg, dah mcm rupa paip air je).  



OK, if nak resepi asal, boleh lawat blog Jamie ye.  Yg version kak ni kira short cut lah. Dan kak guna separuh je dari resepi asal. 

Bahannye :

2 sudu butter
Sedikit minyak sayur
1 ulas bawang putih, di hiris (kak guna garlic powder je)
2 sudu Oregano
1 paket sayur bayam hijau, di basuh
1 tin sos spaghetti
200g keju ricotta
Keju Parmesan
Keju cheddar
Keju Mozzarella
Pasta jenis yg macam gambar kat atas

Utk sos simple :
1 kotak kecil whipping cream
Secubit serbuk ikan bilis
Garam

Caranyer :

Rebus pasta separuh masak dan ketepikan. 

Panaskan butter dan minyak.  Tumis bawang putih.  Masukkan bayam dan goreng sampai layu.  Masukkan sikit oregano kering.  Bila bayam dah layu, biarkan sejuk sekejap.  Kemudian masukkan dlm food processor dan blend. Jgn la sampai terlalu halus.


Keluarkan dan campur dgn keju ricotta dan sedikit parmesan.  Rasa-rasa, dan tambah garam dan lada sulah. 


Ok lepas tu masukkan bayam tadi dlm piping bag dan potong hujungnye.   Pipe ke dalam pasta yg separuh masak.   Dlm bekas casserole, lapisan bawah sekali kita letak spaghetti sos.  Kemudian susun pasta yg berinti bayam tu.



Sebenarnye utk sos tu sepatutnye kita buat Roux, atau white sos.. resepi ada kat sini. Tapi utk kali ni, short cut, kita campurkan je whipping cream, serbuk ikan bilis dan garam.  Curahkan atas pasta tadi.  Last sekali, taburkan cheese kat atas -  parmesan, cheddar dan mozarella.  Ikut suka lah byk mana.


Bakar selama lebih kurang 1/2 jam atau sehingga cheese kekuningan, suhu oven 180C. 

Walaupun kita mungkin rasa resepi ni agak pelik, sebenarnye bila di rasa, sedap !  Licin la pinggan kami berdua kat rumah ni..    enak di makan dgn ayam, daging dan salad. Cuba la.

Isnin, 11 Jun 2012

Moussaka



Ni satu lagi favourite kami.. ya ampun, sedap sangat.  Tetapi seperti biasa, menggemukkan.  Moussaka yg ni version Greek, iaitu layers of daging, kentang, terung dan atas sekali ada white sauce dan cheese.  


Bahan-bahannye :

Minyak utk menumis
2 biji terung panjang, di potong bulat tebal 1cm
600 gm kentang, di kupas kulit 
 
Untuk isi daging
1 biji bawang besar, hiris 3 biji bawang putih, hiris
600 gm daging/ kambing kisar
herbs - thyme, marjoram atau guna je yg dlm botol kecil "Italian Herbs"
400 gm tomato hiris dlm tin atau buah tomato fresh, di cincang
2 sudu tomato puree atau sos
1 sudu oyster sos
gula, garam, lada putih - secukup rasa

Untuk sos
600 ml susu segar
60 gm butter
50 gm tepung gandum 
 
150 gm cheese - Cheddar atau yg sesuai  - utk di tabur

Cara-cara:
Goreng terung dlm minyak yg sedikit, separuh masak. Kentang di rebus sebijik-sebijik dan apabila hampir masak, angkat dan hiris bulat-bulat.

Utk isi daging, tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan daging, kacau sebentar. Kemudian masukkan tomato hiris, puri, herbs, oyster sos. Kacau lagi dan sekiranya agak kering, tambah sedikit air. Masak sehingga daging agak lembut. Tambah garam, gula dan lada putih mengikut rasa anda. 

Utk menyediakan sos putih, panaskan susu sebentar. Di dalam kuali, cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau selama 2 minit dan masukkan susu sedikit demi sedikit. Kacau sehingga kepekatannya seperti "whipping cream". Tambahkan garam dan lada putih. 

Panaskan oven pada suhu 180C. Sapukan butter pada permukaan mangkuk pembakar. Tuang isi daging, kemudian lapiskan dengan kentang, diikuti terung. Ulang lagi. Lapisan akhir di tuang sos putih di atasnya.




Dan kemudian taburkan cheese.. Bakar selama 40 minit. Utk 5 minit terakhir, naikkan suhu ke 200C utk menggaringkan cheese di atasnya. 
 


Agak banyak jugak la preparation utk buat Moussaka, tapi hasilnye memang berbaloi.  Selamat makan :) 
 

Selasa, 5 Jun 2012

Jalan-jalan cari makan : Ipoh


Dua hari kat Ipoh mengikut suami kak bertugas, sambil bawa anak jalan-jalan.  Highlight nye biasa lah, makan.  Kami cadang nak gi Air Terjun Lata Kijang, jadi ambik highway and exit kat Tapah.  Terus je keluar dari tol tu, belok kanan, berhadapan sekolah ternampak pulak Restoran Mi Rebus Tapah.  

 

Singgah la sebab perut dah berkeroncong, dah lunch time.  Order Mee rebus special (ada tulang).  Rasanye sedap.. memang best.  Cuma keadaan kedai agak berterabur sikit la.  Lepas ni gerenti kami singgah lagi kalau lalu sini.  


Sampai di Lata Kijang, just jalan-jalan kat bawah je.  



Dari Lata Kijang, ambik jalan lama menuju ke Gopeng Ipoh.   Lalu pulak exit menuju ke Gua Tempurung.  Dgn tak di plan nye, kami pun bertapa kat Gua petang tu.  Nasib baik beli tiket paling murah yg RM6 punya, tempoh perjalanan 45 minit dlm gua tu.. rasa nak tercabut kepala lutut mendaki anak tangga yg tinggi-tinggi. 



Perasan tak ada lembaga kat sebelah kiri tu ?

Keluar gua, makan durian.   Mahal gak, sekilo RM10, belum musim katanye.. 



Sampai di Ipoh, kami check in hotel biasa, iaitu Regal Lodge (sebelah Regency Tower.  131, Jalan Raja Ekram, Ipoh)  Kat hotel ni, favourite kak kat cafe dia ialah Sup Portugis seafood..   Nama cafe : The Limestone's. 

Sup ni tomato based, dlm nye ada seafood macam mussel, scallop, ikan, udang etc.  Heaven, cicah ngan roti.


Sekali ngan bread basket, harganye tak la mahal sgt , dlm RM11 lebih.  


Malamnye makan nasi lemak ayam kampung..

No 43/45 Jalan Ali Pitchay
30030 Ipoh Perak
05 254 4318 / 016 545 9000


Sedap.  Nasinye sangat lembut.  Dtg ngan 2 ketul ayam sekali, RM7 kalau tak silap.



Ada gak selection seafood tapi belum cuba. 



Breakfast kalau kat Ipoh memang la heavy, makan kat kedai sebelah Hotel je.  Restoran Dee Jay Arr. Alamat : 114, Tingkat Bawah, Jalan Raja Ekram, Ipoh, 30450, Ipoh, Perak.  






Mee kari memang kaw..  byk pakai bahan-bahan yong taw foo. 


Ni pulak Mee Kicap, pelik gak kenapa la org Ipoh suka mee kicap.


Lunch seterusnye mencuba makan kat David's Diner.  Alamat : B-G-1, Ground Floor, Greentown Square, Ipoh.


Makanannye agak pricey.  


Anak kak favouritenye mushroom soup and garlic bread. 

Yg ni Mac and cheese.. boleh la. 


Kak order burger.   The patty was quite dry and ada bahagian yg hangit.  Coleslaw was excellent.  Overall, makanan kat sini not bad.  


Best jalan-jalan kat Ipoh ni, byk restoran yg belum di cuba lagi.  Kalau restoran cina, lagi la byk pilihan.  Lain kali dtg, nak cuba mengunyah restoran lain pulak.  Buat masa ni, kena diet dulu, over consumption :)