Rabu, 30 Mei 2012

Chili (Daging & kacang merah)


Hari ni mencari-cari idea apa pulak nak buat dengan daging yang ada sikit lagi tu.. memula nak buat Spaghetti meatball, selak2 buku terjumpa resepi Chili.  Nama asalnye "Chili con carne" iaitu daging kisar yg di masak macam stew, dengan cili dan tomato.  Kalau di Penang, akak teringatkan resepi Barmia, yg selalunye di cicah ngan roti.  Resepi chili ni ala-ala daging yang kita makan dalam Coneydog kat A & W tu.. 

 OK, harap bertenang.. resepi ni panjang sikit.  




Bahan-bahannye : 
Minyak masak utk menumis
500 gm daging lembu, di cincang kasar

Bahan A :
1 biji bawang besar, di cincang 
1 biji bawang putih, cincang
2 biji cili merah dan 2 biji cili hijau, cincang
1/2 batang seleri, cincang
2 sudu besar serbuk cili 
1 sudu besar serbuk jintan putih

Bahan B : 
3/4 tin tomato hiris dgn jus nye
1/2 tin kacang merah (kidney beans) di basuh bersih

Bahan C :
4 sudu besar sos tomato/ 2 sudu puri
1 sudu besar sos Worcestershire
2 sudu besar sos barbeku
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar gula merah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam

 
 Mula-mula tumis Bahan A selama seminit dua.  Kemudian masukkan daging, goreng sehingga masak.  Tambahkan Bahan B dan kacau seketika.  Perasakan dengan Bahan C.  Bahan C tu boleh di lebih atau kurangkan mengikut selera kita agar rasanye seimbang - masam, manis dan masinnye. 

Biarkan kuah mereneh dengan api yang kecil selama lebih kurang 15 ke 20 minit.  Rasa-rasa dan pastikan kacang merah dah empuk, sebelum di tutup api.  Hidangkan sebagai pencicah, di makan dgn roti.  

Utk resepi roti yg paling simple, boleh singgah ke blog Bakingproject ye.  Sedap utk makan petang.  Try lah.

Selasa, 29 Mei 2012

Nasi sudah menjadi bubur



Sedih betul la tajuk post ni.. memang pun dah jadi bubur.  Sebab ada org sakit kat rumah ni, demam dan sakit kerongkong.  Jadi terpaksa la masak bubur hari ni.  Rasanye semua org tahu macam mana nak buat bubur nasi kan.  Takpe la, akak tulis gak kat sini.  

Bubur yg paling asas di buat dari beras yg di masak ngan air, garam dan daun pandan.  Sukatan airnye bergantung pada jenis beras.  Kalau di Thailand atau Vietnam, depa suka guna Broken rice, atau beras hancur. 


Tapi kat Msia ni kak tak pernah pulak jumpa Broken rice semata-mata.  Mungkin tak perasan kut..  Resepi utk bubur yg kak masak tadi :

1 cawan beras wangi 
1 sudu beras pulut (utk tekstur)
lebih kurang 8 cawan air
Garam 2 sudu kecil 
2 ikat daun pandan

Campur, basuh dan rendam kedua-dua jenis beras selama 2 jam. Kemudian masak air dan garam, masukkan beras dan daun pandan.  Masak seperti biasa, bila hampir kering, tambahkan lagi air.  Biarkan mereneh dgn api yg kecil selama 45 minit sehingga beras hampir hancur.

Bahan lain utk di masak bersama bubur : hirisan ayam atau daging yang di perap bersama kicap cair, oyster sos dan lada putih.   Hirisan halia, bawang, serai.  Boleh juga di tambah santan, sos ikan, kiub pati ayam/ ikan bilis, air rebusan ayam, lada hitam, sayuran, telur. 

from steamykitchen.com
Bahan tabur - bawang goreng, ikan bilis goreng (atau tumbuk utk jadikan makanan baby), daun bawang hiris, telur masin, century egg, kicap cair, minyak bijan.  

Banyak lagi bahan-bahan yg boleh di masak ngan bubur, tak habis kalau nak list di sini..    Sekali-sekala makan bubur nasi, ok gak :)

Isnin, 28 Mei 2012

Nasi pilaf dengan ayam

Banyak benor nama-nama diberi utk resepi ni.  Ada yang panggil Pulao, Pilau, Pilaf.  Memetik dari Wikipedia - "The English term is borrowed from Turkish pilav, from Persian pilāv,[1] which in turn is borrowed from Sanskrit pulāka.[2] The English term is further influenced by Modern Greek pilafi.[3] Due to the vast spread of the dish, there exist variations of the name in many languages, including plov, polou, palov etc. It is well known in Trinidad and Tobago as 'pelau'."

Rasanye kat Msia ni org panggil Pilaf atau Pilau.   Tak kisah la apa pun panggilannye, yg penting Sedap.  


Hari ni dinner kak try masak Nasi Pilaf pakai beras Basmati.  Makan dgn kari sayur.  Memang best ! Ni resepinye, cukup utk 3 atau 4 orang makan :

2 cawan beras Basmati
6 sudu besar ghee (atau boleh campur butter)
1 biji bawang besar, di hiris
1/2 sudu kecil biji sawi
2 tangkai daun kari
1 inci halia, di kisar
2 ulas bawang putih, di kisar
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk cili (atau paprika)
Garam secukup rasa
2 biji tomato, di dadu
1 biji kentang , di dadu
1 biji cili hijau, di hiris
175 gm daging ayam, di hiris kecil
1/2 cawan kacang pis hijau
sedikit hirisan ketumbar
3 cawan air

Cara membuatnye :

Beras di cuci dan kemudian rendam selama 30 minit.  

Cairkan ghee dgn api sederhana.  Tumis bawang, biji sawi, daun kari, halia, bawang putih, ketumbar dan serbuk cili.  Goreng lebih kurang 2 minit.  Masukkan tomato, kentang, cili hijau dan daging ayam.  Biarkan sehingga nampak daging ayam dah masak sikit dan bertukar putih.  Campurkan kacang pis.  Masukkan garam secukup rasa, biar masin sikit sebab nanti nak tambah beras.  

Masukkan beras dan gaul perlahan-perlahan supaya semuanye sebati.  Last sekali, tambah air 3 cawan.  Bila nasi hampir kering, boleh la masukkan hirisan ketumbar. Masak nasi seperti biasa, selama lebih kurang 20 minit.  Hidang bersama kuah kari.  


Nampak rumit tapi sebenarnya senang , semua bahan kita campak je dlm satu periuk.  Jimat masa. Kalau boleh, hidangkan masa nasi tu baru je lepas masak, time nasi tu still berwap.  Lembut nasinye..  insyaallah boleh buat lagi. 

Sabtu, 26 Mei 2012

Kaserol pasta


Anak akak yg sekolah asrama ada kat rumah time cuti sekolah ni, jadi menu pun tukar la sikit.  Masak pasta favourite dia.  Masakan cara ni bebudak suka la. tak pedas dan creamy...yg diet tak leh join, kerana ia sangat menggemukkan.. banyak guna cheese.

Bahan-bahan utk membuat casserole ni (cukup utk makan 3 org) :   

Lapisan pertama (bawah sekali)
Ayam atau daging kisar, 200 gm 
Cauliflower 100 gm (atau sayur lain) potong kecil
Bawang merah 3 ulas, hiris
Bawang putih 1 ulas, hiris
Italian seasoning, 1/2 ke 1 sudu kecil  
Garam secukup rasa
Susu cair 1/2 tin (boleh ganti ngan cream)


Cara : Panaskan minyak, tumis bawang merah dan putih.  Masukkan ayam.  Goreng dlm 4 minit bersama cauliflower.  Perasakan dgn Italian seasoning dan garam.  Akhir sekali masukkan susu cair.  Kacau rata.

Lapisan kedua :  Serbuk roti, lebih kurang  3/4 cawan  (saya guna jenis Panko)
 
Lapisan ketiga
Pasta 2 cawan (saya guna Shell) rebus Al Dente
2 biji telur 
1 sudu besar butter
Keju Parmesan, 1/4 cawan
Garam dan lada sulah 


Cara :  Cairkan butter, pecahkan telur.  Masukkan pasta dan gaul.  Tambah parmesan mengikut selera anda.  Last sekali masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
                            
Lapisan keempat  :  Sos spaghetti tomato dlm tin, dlm 3/4 cawan.  Sos ni biasanye masam, so jangan guna banyak sangat. Jika nak, boleh adjust - tambah sos tiram or gula sikit bagi kurang masam.

Lapisan kelima : Serbuk roti dan keju - parmesan, mozzarella, cheddar atau melting cheese lain.

Cara Assemble : 

Kita sapukan bekas kaserol dgn sedikit minyak masak.  Bahagian bawah sekali letak lapisan ayam.  Jika nampak terlalu kering, just tuang je susu cair lagi kat atas. Lepas tu, taburkan lapisan kedua iaitu serbuk roti. 


Diikuti dengan lapisan ketiga i.e.  pasta Shell yg kita goreng tadi.  Taburkan lagi parmesan kat atas pasta kalau nak.   Lupakan tentang kalori :)


Lapisan seterusnye ialah sos spaghetti (tomato). Akhir sekali tabur lagi serbuk roti dan keju parut.  Kalau takde keju blok, boleh ambik je yg keping-keping tu, koyakkan kecik2. 


Bakar di dalam oven suhu 180 C selama 25 minit, guna api bawah je.  Selepas 25 minit, on kan api atas atau grill, dan bakar lagi 5 minit untuk memastikan keju semua cair dan keperangan.   Sebelum menghidang, biarkan dulu selama 10 minit baru la di potong.  

Siapa tengok ni, pasti tergoda.. confirm !  

Jumaat, 25 Mei 2012

Ikan masak tiga rasa



Malam ni masak ikan kembong je, ikan ni omputih panggil Indian mackerel ataupun nama saintifiknye Rastrelliger kanagurta (betul ke ?) Canggih, canggih.. hahaha, actually akak cedok dari website ni. Siapa yang kaki pancing mesti kenal semua ikan-ikan ni.  Orang perak panggil ikan kembung ni ikan termenung... agaknye si pengail byk termenung masa nak tunggu dpt ikan ni.  Ntah la :)

Resepi malam ni, "Ikan masak 3 rasa" dari makcik akak - ada rasa manis, pedas dan masam2 sikit.  Sebenarnye ni masakan Thai tapi kat Malaysia resepi ni dah di 'alter' ikut selera org sini.  Mungkin resepi orang Siam tu asal nye macam ni. 

Resepi 3 rasa versi "Mengunyah":

Cukup utk 4 ekor ikan 

Ikan - goreng simple garam kunyit, ataupun boleh salut ngan telur merah, tepung jagung dan garam.

Pes tomyam

Daun limau purut

Bunga kantan
Bahan kisar 
7 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia 
2 batang serai
Cili padi, ikut suka 

Sos cili 2 sudu besar, sos tomato 1 sudu besar
Pes tomyam 1 sudu besar, air 1/2 gelas
Perisa - Garam, sos ikan, gula melaka
Hiris - bunga kantan, daun limau purut 
Option - sayuran seperti capsicum, tomato

Caranyer :

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan garing lebih kurang dlm 5 minit. Masukkan sos cili, sos tomato, pes tomyam dan tambah air supaya tak terlalu pekat.  Kacau. Tambah perisa mengikut selera anda.  Tumis selama 3 minit lagi.  Last sekali masukkan bahan hiris. 

Susun ikan dan tuangkan sos atasnye.  Siap. 

Resepi ni kalau nak sedap, ikan tu kena goreng bila hampir time nak makan, supaya ikan goreng tu masih rangup.  Sos tu boleh buat awal dan cuma panaskan je, dan siram atas ikan.  

ขอให้เจริญอาหาร! (kŏr hâi jà-rern aa-hăan!) - Selamat menjamu selera :)


Khamis, 24 Mei 2012

Pancake kentang


Keledek belum habis lagi.. nak buat resepi apa ye ? Apa kata kita buat ala-ala Pancake atau Hash brown gitu.   Tapi akak rasa yg lebih sesuai utk resepi ni ialah Kentang biasa tu, bukan keledek .  

Foto dari http://www.rikenresearch.riken.jp/

Tapi akak ganti ngan keledek ye.  




Resepi asal :

1 sudu minyak zaitun
1 biji bawang merah, di cincang
2 biji kentang, kupas kulit
80 ml krim 
1 sudu besar tarragon (boleh ganti ngan daun sup)
1 biji telur ayam, asingkan kuning dan putih
Garam dan lada hitam
Butter 

Cara membuatnyer :


Kentang tu kita buang kulit dan sagat.  Kalau guna food processor, beberapa saat je dah settle.  Jika kentang tu berair, tekan-tekan supaya semua air keluar.  Tumis bawang hingga keperangan.  Pukul putih telur hingga kembang (firm peaks). Masukkan bawang goreng dengan semua bahan lain kecuali putih telur.  Gaul dan letak garam, lada hitam.  Kemudian last sekali masukkan telur putih dan kaup balik perlahan-lahan.

Sudukan kentang ke dalam ring besi (yg buat goreng telur tu)  Letak sedikit butter di atasnye.  Bakar selama lebih kurang 40 minit, 200C.  Jadi yang keluarnye semua comel-comel dan bulat. 


Sebab akak tak kuasa nak membakar dlm oven pagi-pagi, kak modify la resepi di atas, dan goreng atas api je, free form.  Pastikan pancake tidak terlalu tebal.  Kak tak letak bawang pun, utk melekatkan kentang tu semua akak tambah dlm 2 sudu besar potato starch.  Garam kena lebih sikit ye sebab kentang ni tawaq.  Sesuai utk makan pagi dan minum petang.  Cer try..

Rabu, 23 Mei 2012

Terung masak "Baba Ganoush"


Apa lagi cara nak masak terung ye ? Kalau akak balik2 dok buat sambal udang kering terung.  Mencari-cari idea nak masak terung lalu terjumpa la resepi Baba Ganoush ni.  Pernah jugak dengar tapi tak pernah buat sendiri.  Kononnye nanti dinner boleh la makan roti cicah benda ni.  

Bahan yang di perlukan :



4 biji terung, saiz sederhana
1 sudu besar minyak zaitun
3 sudu kecil tahini (ada jual kat kedai Arab/ kedai organik)
1 biji bawang putih, di cincang
1/2 sudu kecil jintan putih, di goreng sekejap sehingga naik bau
1 sudu besar jus lemon
Garam, serbuk lada hitam, hirisan daun sup



Cara membuatnyer:

Sapukan terung ngan minyak masak dan cucuk-cucuk dgn garpu.  Masukkan dalam oven dengan kepanasan 200 C selama 30 minit atau sehingga terung masak (isinye lembik).  Boleh gak di grill sehingga kulitnye hangus utk mendapatkan rasa 'smoky'.  Terpulanglah nak bakar berapa lama ( rasanye kak kena bakar lama lagi kut.. tapi satu badan dan dapur dah berbau asap ! )



Biarkan terung sejuk dan kemudian buang kulit dan keluarkan isinya.  Perah sehingga semua air dari isi terung tu keluar.  Masukkan dalam blender dan kisar sehingga halus atau separa halus.  Masukkan semua bahan lain, boleh la dikurang atau lebihkan setiap bahan mengikut kesukaan anda.  Akak cadangkan kurangkan bawang putih tu dan tahini.  Agak-agak la ikut rasa kita.  Last sekali, yg ni takde dlm resepi, akak letak secubit gula. Untuk menghidang, biasanye di siram lagi ngan olive oil, hirisan daun sup, ada yg letak buah zaitun dan buah delima.

Baba Ganoush ni kami makan cicah ngan roti prata, apa2 roti pun boleh, macam roti pita/ roti Arab.. Husband kak makan, katanye ok.  Tapi mungkin ni 'acquired taste', lagi pun kak memang tak minat benda yg ada bijan atau sesame.  Tapi nak gak cuba buat kan.. now we know.  Ok next time kita try buat makanan Arab lain pulak.  Nasi mandy ke.. yumm !

Selasa, 22 Mei 2012

Daging masak kicap



Kalau cakap pasal daging ni, bab nak memilih memang akak lemah.. sebabnye terlalu banyak bahagian daging ni.  Confuse.. selalunye akak order je kat makcik atau mak, akak minta depa belikan.  Yang akak tau cuma Daging Batang Pinang (sirloin kalau tak silap), tu bahagian paling lembut.  Jom tengok bahagian atau pun Beef cuts yang available :

Petikan dari http://www.precisionnutrition.com/all-about-meat

Nasib la kat rumah ni tak selalu sangat makan daging atau ayam.  Mungkin seminggu sekali la kut.  Semalam masak resepi daging yg paling simple iaitu Daging masak kicap.  Nak bagi resepi gak ke ?  Mesti dah tau.  Hehehe..



Yg hijau-hijau tu mcm rupa petai kan ? Itu sebenarnye Broad bean ataupun Fava beans.


Kak beli yg frozen punya dari supermarket. 


Tapi yang lecehnye Broad bean ni nak kena kopek kulit dia pulak.. memang tak hensem rupa dia kalau goreng ngan kulit sekali. 


Takde bean ni pun tak apa, ganti je dgn kacang pis hijau atau apa yg di rasakan sesuai.  Ni resepi Daging Masak Kicap.  Bahan-bahannye :

Bahan perap : 
250 gm - Daging hiris (bahagian lembut)
1 sudu besar tepung jagung 
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar oyster sauce 

Bahan tumis, di kisar halus :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Air - 2 1/2 gelas 
Kicap manis, Kicap masin
Kacang pis, tomato, garam, lada hitam,
Minyak 

Cara membuatnyer :

Daging tu kalau nak cepat masak, boleh la di ketuk-ketuk sampai nipis ye. Kemudian perap.  Ok, mula-mula perap daging, letak dlm fridge selama sekurang-kurangnye setengah jam.  Tumis bahan tumisan lebih kurang 2 minit.  Masukkan daging tadi dan balik-balikkan.  Kemudian, siapkan air dalam 2 gelas.   Masukkan 1/2 gelas dahulu dan goreng hingga daging agak kering.  Teruskan menambah air sedikit demi sedikit sehingga habis 2 gelas, dan sehingga daging lembut.  Biasanye dlm 20 minit.   Apabila rasa daging dah lembut, masukkan kicap manis 2 sudu, kicap masin 2 sudu.  Juga kacang pis, tomato, garam dan lada hitam secukup rasa.  Jika rasa kuah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air lagi dan adjust rasanye.  

Yey ! Dah siap, senang sangat, kalau mak akak - masak 'emergency' katanye.  Selamat menjamu selera :)

Isnin, 21 Mei 2012

Ceritera Kacang Kuda


Bila kita mengunyah kacang kuda, agaknye pernah tak kita terfikir asal-usul kacang ni ?  Menyusuri internet, akak terjumpa gambar bunga dari pokok kacang kuda.  Betapa indahnye ciptaan Allah s.w.t. 

(image taken from http://www.nandyala.org/mahanandi/).

 

Kacang kuda di dalam bahasa Inggeris nye di panggil Chick Pea ataupun Garbanzo.  Masa kecik2 kita selalu makan kacang ni masa gi tengok wayang, yg jualnye mamat2 India dan dibungkus dlm kon surat kabar.  Sedap kan...  Anyway,  susah gak nak dpt Kacang kuda bila tetiba je teringin nak rasa.  So,  minggu lepas projek akak is memproses kacang kuda yg dibeli kering (dried).  Untung tau kalau kita buat sendiri, hasilnye berganda-ganda, cuma ambil masa sikit la nak proses. 

OK ni langkah demi langkah cara memprosesnye :

1.  Pilih kacang dan buang yg mana tak elok, bilas dgn air hingga bersih.  

2.  Rendam dlm mangkuk besar, biarkan dlm fridge selama satu malam. Tujuannye supaya kacang cepat lembut dan keluar 'angin'.


3.   Esoknye, kacang kuda ni dah mengembang sikit dan mungkin air pun dah hilang.  Basuh lagi. 

4.  Rebus selama 45 minit ke 1 jam setengah sehingga lembut di atas api sederhana.  Jangan masukkan garam.   Garam masuk last sekali.  Jika ada buih hitam, buang.  Dan tambahkan air jika perlu.


Akak tak rebus atas api,  selalunye kak pakai Slow Cooker.  Letak ke 'high' dan rebus selama 4 jam.  Memang lama, tapi tak perlu buat apa-apa.  Jangan kerap buka tudung slow cooker, biarkan je.  Start checking lepas 3 jam.  Bila dah lembut, boleh la angkat dan tos. 



Biarkan kacang kuda kering atau boleh lap ngan tisu.  Masukkan dlm tupperware kecil-kecil dan simpan dlm freezer.  Boleh tahan sehingga 6 bulan.  So bila-bila rasa nak mengunyah, boleh just keluarkan dari freezer dan biarkan defrost sekejap. Proses yg sama juga boleh digunakan utk jenis kacang kering yg lain, cuma mungkin masa merebus tu berbeza.  

Utk masaknye, cara yg paling simple is goreng ngan butter dan garam sedikit.  Utk kali ni, kak cuba try buat resepi ala2 Italian bernama "Ceci Fritos".   


Ada banyak version utk buat munchies ni.   Akak try guna combination ni :  


  • 1 sudu besar butter atau minyak sayur
  • 2 ulas bawang putih, di cincang (atau Garlic powder)
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis 
  • 2 cawan kacang kuda yg dah di rebus
  • 1 sudu kecil daun thyme kering (atau daun sup) 
  • Garam dan lada sulah, secukup rasa

Cara membuatnye :

Cairkan butter atau panaskan minyak. Tumis bawang putih beberapa saat.  Masukkan jintan manis, kacau sekejap.   Kemudian masukkan kacang kuda, balik-balikkan. Last sekali masukkan daun thyme, garam dan lada sulah.  Goreng sehingga kering dan garing.  Hidangkan panas-panas.

Gambar di atas tu akak guna daun thyme kering, tapi setelah di rasa dgn anak tekak jawaku, akak suka lagi kalau pakai daun sup.. kome boleh la try yg mana-mana.  Ciao !

Ahad, 20 Mei 2012

Jalan-jalan cari makan : Genting Highland






Pagi tadi lepas breakfast akak and hubby terus drive naik Genting Highland.. saje je jalan-jalan.  Selalunye kami tak naik sampai ke puncak Genting pun, just singgah kat area Hotel Awana tu je.  Sebelum bershopping sayur and buah, singgah dulu minum kat cafe kat Awana Hotel tu, kopi nye order satu cawan dah cukup ye, besar mcm tempayan.. hehehe, cukup utk 2 org. 

Control hensem !




Lepas minum, singgah kat Genting Strawberry Leisure Farm.


Geram betul tengok strawberries kat situ, boleh masuk petik sendiri tapi harganye melampau, so jalan-jalan tengok je le.





Selain strawberry, ada gak jual bunga dan sayur.. cantik betul bunga kat sini, tapi biasa nye kalau kita beli, bila bawa balik sekejap je la hidup.. mungkin kak tak pandai jaga atau pun iklim kat bawah tak sesuai.  












Bunga tanam kat tepi jalan pun cantik..


Sayur yg dijual, 3 jenis RM10.00.  Tapi pilihannye tak la sebanyak kat Cameron Highlands.












Ha.. ni dia buah Markisa atau Passion Fruit.  Bergayut-gayut.. dulu pernah jugak tanam, habis satu pagar dia menjalar.  Bunganye cantik sangat, tapi buahnye lama betul nak tunggu dia masak :) 




Dalam dia rupa macam ni.. akak selalunye buat jus je.  Boleh tengok website ni utk step nyer.



Utk keluar dari kawasan Strawberry farm ni, kena melalui Mushroom farm.   So dapat la tengok 2, 3 jenis cendawan yang depa tanam. Rasanye ni cendawan jenis Ling Zhi. Tapi kenapa macam dah kerepot ? hihi..


Cendawan tiram putih. 





Ni yang jenis hitam kita buat stir-fry tu.   Cendawan Telinga Kera.


Sebelum balik KL, sempat jugak menambah koleksi kaktus.. 3 atau 6 pot tu RM10.  Bergantung pada saiz.  Cute kan.  





Sayur dah banyak, so esok boleh la nak mereka utk masak apa ye.. jumpa lagi :)